Friday, May 15, 2009

Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Rumah Agam Cheong Fatt Fze, Pulau Pinang

Perincian Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Cheong Fatt Tze Mansion terletak di 14 Lebuh Leith, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Dinding luaran biru-biru nila rumah ini menjadikannya sebuah binaan yang menyerlah di kawasannya.
Rumah agam yang dibina oleh Cheong Fatt Tze pada penghujung abad ke-19 ini mempunyai 38 buah bilik, 5 bidang laman dalam diturap granit, 7 batang tangga dan 220 buah tingkap beram balak vernakular. Ciri-cviri lain dlaam rumah ini termasuk tingkap beram Gothik, hasil porselin potong dan tampal Cina, jubin lantai Stoke-on-Trent, kerja besi tuang Scotland dan kaca berwarna Art Nouveau. Kebanyakan aspek rumah agam dibinar berasaskan prinsip feng shui.
Rumah agam ini kini digunakan sebagai hotel dan juga muzium sebagai sebahagian projek pemulihan rumah ini.
Satu babak dalam filem Perancis bertajuk "Indochine" yang dibintangi Catherine Deneuve pernah difilemkan dalam rumah ini.

Kota Afamosa

Selepas penawanan Portugis
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga hari kini.Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society

[sunting] Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

[sunting] Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumat

Dataran Merdeka

Dataran Merdeka
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Stadium Merdeka di tengah-tengah Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan Malaya diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan pekikan 7 kali MERDEKA pada 1957
Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor). Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.
Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan mercu tanda yang paling penting yang dibina oleh pihak British, yang mengadap kearah Dataran Merdeka. Seni bina Moorish yang indah ini siap dibina pada 1897, menjadi pejabat beberapa jabatan penting semasa pentadbiran British.

Wednesday, April 15, 2009

gereja christ


Gereja Christ
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gereja Christ yang berwarna merah ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia.
Gereja ini dibina sekitar tahun 1753 pada tempat yang sama.Gereja ini merupakan testimoni kepada seni rekabentuk Belanda yang tulen.
Di sini dapat diperhatikan bangku gereja yang buatan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa penyambung, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan 'Last Supper' pada jubin yang bersinar.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Christ"

TEMPAT BERSEJARAH DI KEDAH


Kedudukan tanah Negeri Kedah iaitu daratan di sebelah utara bersempadan dengan Negeri Singgora dan Negeri Perlis. Di sebelah matahari naiknya bersempadan dengan Negeri Chenak hingga ke Yala dan Negeri Raman dalam pemerintahan kerajaan Siam. Di sebelah selatannya pula bersempadan dengan Negeri Perak. Perenggan di sebelah baratnya ialah Sungai Sanglang yang menjadi sempadan Perlis dan Kedah. Manakala Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Seberang Prai. Menumpukan ke utara tebing Sungai Kerian menjadi sempadan antaranya dengan Negeri Perak.
Kedah adalah negeri yang tertua di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang masih wujud. Kedah juga merupakan negeri yang tertua di Asia Tenggara. Banyak negeri yang tidak terbilang di rantau ini telah muncul dan lenyap. Ini adalah kerana kekuatan sistem perikatan politik yang diamalkannya dengan jaya semenjak beribu-ribu tahun yang lampau. Sistem perikatan ini membolehkan negeri-negeri kecil menyembah negeri-negeri yang lebih besar untuk mendapat sedikit kebebasan dan juga naungan apabila diserang oleh negeri-negeri asing.
Kedudukan Kedah yang strategik di sebelah utara semenanjung telah menjadikannya perhatian kuasa-kuasa luar untuk menjajah dan menjalinkan hubungan diplomatik terutama dari segi perdagangan. Setelah Kedah menjadi pelabuhan utama maka bermulalah kemasukan budaya asing di Kedah. Sebahagian besar kebudayaan Melayu adalah campuran kebudayaan Hindu di samping pengaruh-pengaruh lain seperti kebudayaan Arab, Parsi dan Barat.
Kesan-kesan awal telah ditemui di Bukit Choras, Sungai Merbok, Sungai Bujang, Kuala Muda, Bukit Meriam dan juga Cheruk Tok Kun (Seberang Prai). Di tempat-tempat tersebut terdapat candi-candi Hindu, bangunan-bangunan yang merupakan benteng atau kota-kota pertahanan dan lain-lain.
Hikayat Merong Mahawangsa menyebutkan bahawa seramai tujuh orang yang terawal merajai Kedah. Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa, diikuti oleh Merong Maha Pudisat, Raja Seri Mahawangsa, Raja Seri Maha Indera Wangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiung), Raja Phra Ong Maha Pudisat dan Raja Phra Ong Maha Wangsa yang kemudiannya bergelar Sultan Mudzaffar Shah.
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula menceritakan raja-raja terawal memerintah Kedah seramai sembilan orang. Maharaja Durbar Raja sebagai raja Kedah yang pertama, diikuti oleh Maharaja Darja Putra, Maharaja Maha Dewa, Maharaja Kerma Darja, Seri Paduka Maharaja Kerma, Seri Paduka Maharaja Derma Raja, Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa dan Seri Paduka Maharaja Durbar Raja. Raja yang kemudian sekali itu diberi gelaran Sultan Al-Mudzaffar Shah.
Berikut ini ialah nama-nama Sultan-sultan Negeri Kedah Darul Aman:
Sultan Al-Mudzaffar Shah I531H - 575H bersamaan 1136M - 1179M
Sultan Mu'adzam Shah575H - 598H bersamaan 1179M - 1201M
Sultan Muhammad Shah598H - 643H bersamaan 1201M - 1236M
Sultan Mazzil Shah643H - 679H bersamaan 1236M - 1280M
Sultan Mahmud Shah I679H - 721H bersamaan 1280M - 1321M
Sultan Ibrahim Shah721H - 775H bersamaan 1321M - 1373M
Sultan Sulaiman Shah I775H - 826H bersamaan 1373M - 1422M
Sultan Ataullah Muhammad Shah I826H - 877H bersamaan 1422M - 1472M
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I877H - 912H bersamaan 1472M - 1506M
Sultan Mahmud Shah II912H - 953H bersamaan 1506M - 1546M
Sultan Mudzaffar Shah II953H - 1011H bersamaan 1546M - 1602M
Sultan Sulaiman Shah II1011H - 1035H bersamaan 1602M - 1625M
Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1035H - 1062H bersamaan 1625M - 1651M
Sultan Muhyiddin Mansor Shah1062H - 1072H bersamaan 1651M - 1661M
Sultan Dziauddin Mukarram Shah1072H - 1099H bersamaan 1661M - 1687M
Sultan Ataullah Muhammad Shah II1099H -1110H bersamaan 1687M - 1698M
Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah I1110H - 1118H bersamaan 1698M - 1706M
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I 1118H -1121H bersamaan 1706M - 1709MRaja Bendahara (Pemangku Sultan)1121H - 1122H bersamaan 1709M - 1710M
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II1122H - 1174H bersamaan 1710M - 1760M
Sultan Abdullah Mukarram Shah II1174H - 1212H bersamaan 1760M - 1797MTunku Dziauddin Raja Muda Kayang (Pemangku Sultan)1212H - 1219H bersamaan 1797M - 1803M
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1219H - 1259H bersamaan 1803M - 1843M
Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1259H - 1270H bersamaan 1843M - 1854M
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III1270H - 1297H bersamaan 1854M - 1879M
Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II1297H - 1299H bersamaan 1879M - 1881M
Sultan Abdul Hamid Halim Shah1299H - 1362H bersamaan 1881M - 1943M
Sultan Badlishah1362H - 1377H bersamaan 1943M - 1958M
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1377H bersamaan 1958M
Dari sini dapat dilihat Negeri Kedah mempunyai sejarah yang panjang dan salasilah keturunan raja-raja yang memerintah dengan tidak putus-putus selama lebih daripada 1,300 tahun semenjak dari zaman Merong Mahawangsa. Dalam masa tersebut Negeri Kedah telah merasai berbagai-bagai perubahan, peristiwa dan kemalangan tetapi disebabkan taat setia rakyatnya maka terselamatlah daripada segala ancaman yang mengganggu kemerdekaan.

MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1985. Penubuhan Memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanahair membebaskan Negara dari cengkaman penjajah yang silih ganti. Pejuangan yang bermula seawal tahun 1511 mengambil masa 446 tahun dan diakhiri dengan pengisytiharan Kemerdekaan Negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undi dan audiovisual. Bahan-bahan pameran dipamerkan mengikut sektor-sektor tertentu bagi memudahkan pelawat mengetahui dan memahami liku-liku perjuangan kemerdekaan negara. Sektor-sektor tersebut ialah Sektor Pengenalan dan Pertuanan Melayu, Sektor Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, Sektor Kebangkitan Semangat Kebangsaan, Sektor Menentang Malayan Union, Sektor Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Sektor Menghadapi Gerakan Komunis, Sektor Ke Arah Kemerdekaan, Sektor Kemerdekaan, Sektor Raja Berpelembagaan, Sektor Ketua Negara, Negeri dan Kerajaan dan Sektor Penubuhan Malaysia. Selain dari itu, terdapat juga kereta Merdeka 1957 serta dua buah kereta perisai yang digunakan semasa Darurat dipamerkan di bahagian luar bangunan Memorial. Memorial ini ditempatkan di bangunan yang asalnya dikenali sebagai Malacca Club  yang telah dibina sekitar tahun 1911 dan senibinanya memperlihatkan ciri-ciri adunan unsur-unsur tempatan dan British. Bangunan ini dipilih kerana ianya terletak di hadapan Padang Banda Hilir Melaka; tempat di mana YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdela dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Negara.

CAMERON HIGHLANDS



Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

[sunting] Pekan
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
Ringlet
Lembah Bertam
Tanah Rata
Brinchang
Kea Farm
Tringkap
Kuala Terla
Kampung Raja
Blue Valley

[sunting] Wakil Rakyat

[sunting] Parlimen Malaysia
P078 CAMERON HIGHLANDS - YB.Devamamy S. Krishnasamy BN

[sunting] Dewan Undangan Negeri Pahang
N1 TANAH RATA - Ho Yip Kap BEBAS
N2 JELAI - Wan Rosdy Wan Ismail BN

[sunting] Tarikan Pelancong
Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
Kebun Buah Strawberry.
Taman rama-rama.
Tokong Sam Poh di Brinchang
Jungle Trekking
Pasar Sayur dan Pasar malam
The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

[sunting] Hotel
Bala's Chalet
Heritage Hotel
Century Pines Resort
Equtorial Hill Resort
Rosa Pasadena
Casa De La Rosa
The Smoke House
The Lake House
Iris House
Star Regency
Rainbow Hotel
Shazan Inn
Strawbery Park Resort
Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
Hillsview Hotel
Kavy Hotel (Budget Hotel)
Sri Pahang House