Wednesday, April 15, 2009

gereja christ


Gereja Christ
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gereja Christ yang berwarna merah ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia.
Gereja ini dibina sekitar tahun 1753 pada tempat yang sama.Gereja ini merupakan testimoni kepada seni rekabentuk Belanda yang tulen.
Di sini dapat diperhatikan bangku gereja yang buatan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa penyambung, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan 'Last Supper' pada jubin yang bersinar.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gereja_Christ"

TEMPAT BERSEJARAH DI KEDAH


Kedudukan tanah Negeri Kedah iaitu daratan di sebelah utara bersempadan dengan Negeri Singgora dan Negeri Perlis. Di sebelah matahari naiknya bersempadan dengan Negeri Chenak hingga ke Yala dan Negeri Raman dalam pemerintahan kerajaan Siam. Di sebelah selatannya pula bersempadan dengan Negeri Perak. Perenggan di sebelah baratnya ialah Sungai Sanglang yang menjadi sempadan Perlis dan Kedah. Manakala Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Seberang Prai. Menumpukan ke utara tebing Sungai Kerian menjadi sempadan antaranya dengan Negeri Perak.
Kedah adalah negeri yang tertua di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang masih wujud. Kedah juga merupakan negeri yang tertua di Asia Tenggara. Banyak negeri yang tidak terbilang di rantau ini telah muncul dan lenyap. Ini adalah kerana kekuatan sistem perikatan politik yang diamalkannya dengan jaya semenjak beribu-ribu tahun yang lampau. Sistem perikatan ini membolehkan negeri-negeri kecil menyembah negeri-negeri yang lebih besar untuk mendapat sedikit kebebasan dan juga naungan apabila diserang oleh negeri-negeri asing.
Kedudukan Kedah yang strategik di sebelah utara semenanjung telah menjadikannya perhatian kuasa-kuasa luar untuk menjajah dan menjalinkan hubungan diplomatik terutama dari segi perdagangan. Setelah Kedah menjadi pelabuhan utama maka bermulalah kemasukan budaya asing di Kedah. Sebahagian besar kebudayaan Melayu adalah campuran kebudayaan Hindu di samping pengaruh-pengaruh lain seperti kebudayaan Arab, Parsi dan Barat.
Kesan-kesan awal telah ditemui di Bukit Choras, Sungai Merbok, Sungai Bujang, Kuala Muda, Bukit Meriam dan juga Cheruk Tok Kun (Seberang Prai). Di tempat-tempat tersebut terdapat candi-candi Hindu, bangunan-bangunan yang merupakan benteng atau kota-kota pertahanan dan lain-lain.
Hikayat Merong Mahawangsa menyebutkan bahawa seramai tujuh orang yang terawal merajai Kedah. Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa, diikuti oleh Merong Maha Pudisat, Raja Seri Mahawangsa, Raja Seri Maha Indera Wangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiung), Raja Phra Ong Maha Pudisat dan Raja Phra Ong Maha Wangsa yang kemudiannya bergelar Sultan Mudzaffar Shah.
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula menceritakan raja-raja terawal memerintah Kedah seramai sembilan orang. Maharaja Durbar Raja sebagai raja Kedah yang pertama, diikuti oleh Maharaja Darja Putra, Maharaja Maha Dewa, Maharaja Kerma Darja, Seri Paduka Maharaja Kerma, Seri Paduka Maharaja Derma Raja, Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa dan Seri Paduka Maharaja Durbar Raja. Raja yang kemudian sekali itu diberi gelaran Sultan Al-Mudzaffar Shah.
Berikut ini ialah nama-nama Sultan-sultan Negeri Kedah Darul Aman:
Sultan Al-Mudzaffar Shah I531H - 575H bersamaan 1136M - 1179M
Sultan Mu'adzam Shah575H - 598H bersamaan 1179M - 1201M
Sultan Muhammad Shah598H - 643H bersamaan 1201M - 1236M
Sultan Mazzil Shah643H - 679H bersamaan 1236M - 1280M
Sultan Mahmud Shah I679H - 721H bersamaan 1280M - 1321M
Sultan Ibrahim Shah721H - 775H bersamaan 1321M - 1373M
Sultan Sulaiman Shah I775H - 826H bersamaan 1373M - 1422M
Sultan Ataullah Muhammad Shah I826H - 877H bersamaan 1422M - 1472M
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I877H - 912H bersamaan 1472M - 1506M
Sultan Mahmud Shah II912H - 953H bersamaan 1506M - 1546M
Sultan Mudzaffar Shah II953H - 1011H bersamaan 1546M - 1602M
Sultan Sulaiman Shah II1011H - 1035H bersamaan 1602M - 1625M
Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1035H - 1062H bersamaan 1625M - 1651M
Sultan Muhyiddin Mansor Shah1062H - 1072H bersamaan 1651M - 1661M
Sultan Dziauddin Mukarram Shah1072H - 1099H bersamaan 1661M - 1687M
Sultan Ataullah Muhammad Shah II1099H -1110H bersamaan 1687M - 1698M
Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah I1110H - 1118H bersamaan 1698M - 1706M
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I 1118H -1121H bersamaan 1706M - 1709MRaja Bendahara (Pemangku Sultan)1121H - 1122H bersamaan 1709M - 1710M
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II1122H - 1174H bersamaan 1710M - 1760M
Sultan Abdullah Mukarram Shah II1174H - 1212H bersamaan 1760M - 1797MTunku Dziauddin Raja Muda Kayang (Pemangku Sultan)1212H - 1219H bersamaan 1797M - 1803M
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1219H - 1259H bersamaan 1803M - 1843M
Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1259H - 1270H bersamaan 1843M - 1854M
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III1270H - 1297H bersamaan 1854M - 1879M
Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II1297H - 1299H bersamaan 1879M - 1881M
Sultan Abdul Hamid Halim Shah1299H - 1362H bersamaan 1881M - 1943M
Sultan Badlishah1362H - 1377H bersamaan 1943M - 1958M
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1377H bersamaan 1958M
Dari sini dapat dilihat Negeri Kedah mempunyai sejarah yang panjang dan salasilah keturunan raja-raja yang memerintah dengan tidak putus-putus selama lebih daripada 1,300 tahun semenjak dari zaman Merong Mahawangsa. Dalam masa tersebut Negeri Kedah telah merasai berbagai-bagai perubahan, peristiwa dan kemalangan tetapi disebabkan taat setia rakyatnya maka terselamatlah daripada segala ancaman yang mengganggu kemerdekaan.

MEMORIAL TUN ABDUL RAZAK


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1985. Penubuhan Memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanahair membebaskan Negara dari cengkaman penjajah yang silih ganti. Pejuangan yang bermula seawal tahun 1511 mengambil masa 446 tahun dan diakhiri dengan pengisytiharan Kemerdekaan Negara pada tanggal 31 Ogos 1957. Memorial ini mengimbau sejarah perjuangan kemerdekaan dengan memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undi dan audiovisual. Bahan-bahan pameran dipamerkan mengikut sektor-sektor tertentu bagi memudahkan pelawat mengetahui dan memahami liku-liku perjuangan kemerdekaan negara. Sektor-sektor tersebut ialah Sektor Pengenalan dan Pertuanan Melayu, Sektor Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, Sektor Kebangkitan Semangat Kebangsaan, Sektor Menentang Malayan Union, Sektor Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Sektor Menghadapi Gerakan Komunis, Sektor Ke Arah Kemerdekaan, Sektor Kemerdekaan, Sektor Raja Berpelembagaan, Sektor Ketua Negara, Negeri dan Kerajaan dan Sektor Penubuhan Malaysia. Selain dari itu, terdapat juga kereta Merdeka 1957 serta dua buah kereta perisai yang digunakan semasa Darurat dipamerkan di bahagian luar bangunan Memorial. Memorial ini ditempatkan di bangunan yang asalnya dikenali sebagai Malacca Club  yang telah dibina sekitar tahun 1911 dan senibinanya memperlihatkan ciri-ciri adunan unsur-unsur tempatan dan British. Bangunan ini dipilih kerana ianya terletak di hadapan Padang Banda Hilir Melaka; tempat di mana YTM Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdela dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Negara.

CAMERON HIGHLANDS



Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

[sunting] Pekan
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
Ringlet
Lembah Bertam
Tanah Rata
Brinchang
Kea Farm
Tringkap
Kuala Terla
Kampung Raja
Blue Valley

[sunting] Wakil Rakyat

[sunting] Parlimen Malaysia
P078 CAMERON HIGHLANDS - YB.Devamamy S. Krishnasamy BN

[sunting] Dewan Undangan Negeri Pahang
N1 TANAH RATA - Ho Yip Kap BEBAS
N2 JELAI - Wan Rosdy Wan Ismail BN

[sunting] Tarikan Pelancong
Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
Kebun Buah Strawberry.
Taman rama-rama.
Tokong Sam Poh di Brinchang
Jungle Trekking
Pasar Sayur dan Pasar malam
The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

[sunting] Hotel
Bala's Chalet
Heritage Hotel
Century Pines Resort
Equtorial Hill Resort
Rosa Pasadena
Casa De La Rosa
The Smoke House
The Lake House
Iris House
Star Regency
Rainbow Hotel
Shazan Inn
Strawbery Park Resort
Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
Hillsview Hotel
Kavy Hotel (Budget Hotel)
Sri Pahang House




GENTING HIHGLANDS



Berehat di Tanah Tinggi Genting
Maaf. Ada 3 gambar sahaja yang dapat saya sertakan. Yang lain2 tu, dek kerana seronok sangat naik bot la, roller coster la, rumah salji la..maka tak sempat plak nak "tembak" banyak2. Kat beberapa tempat, takleh bawak kamera plak tu! Lagi satu, cuaca sangat berkabus, maklumlah aku sampai atas pun dah pukul 4pm. Maghrib tu dah hujan lebat..apa pun takleh nak wat. Anyway, kepenatan otak aku di pejabat terubat juga dgn "bertukar angin" ke tanah tinggi ni.


PULAU PINANG




Pusat Media > Berita
Pusat 'belacan' tarikan baru

$body
Pusat 'belacan' tarikan baru

Kementerian Pelancongan menerusi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADP) memperuntukkan RM1 juta bina jeti baru untuk memajukan Pulau Aman
Pulau Pinang yang terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di rantau ini, meningkat setapak lagi dengan usaha mempelbagaikan promosi sektor pelancongan berasaskan pertanian.Usaha yang dijalankan itu termasuk menyediakan kemudahan asas yang lengkap yang dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara pada masa depan.Antara destinasi pelancongan menarik yang giat dibangunkan itu ialah Pulau Aman, yang terletak kira-kira 2.5 batu nautika dari Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan (SPS).Pulau kecil yang dihuni kira-kira 300 penduduk sebahagian besarnya, bekerja sebagai nelayan, menjanjikan suasana perkampungan nelayan yang tenteram dan damai.Kehidupan di Pulau Aman adalah sederhana, penuh tradisi dengan dikelilingi alam semula jadi. Menangkap ikan, kegiatan sukan air dan meredah hutan adalah antara kegiatan pelancongan popular di pulau ini.Ada banyak tempat menarik dengan ceritanya yang tersendiri menanti kehadiran pengunjung.Menyedari potensi itu, Kementerian Pelancongan menerusi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADP) memperuntukkan RM1 juta untuk membina jeti baru dalam usaha memajukan pulau berkenaan.Selain itu, Pulau Aman dilengkapi kemudahan pusat penerangan, bilik pameran, restoran, tempat jualan cenderamata dan bilik menunggu untuk pelancong luar di jeti.Ketua Unit Persatuan Nelayan Pulau Aman, Yaacob Talib, berkata setakat ini, pihak berkuasa sudah menyediakan pelbagai kemudahan prasarana bagi memberi wajah baru kepada Pulau Aman.Beliau berkata, antara projek pembangunan yang disediakan termasuk tempat penginapan dalam bentuk chalet terapung dan rumah teres lima bilik bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung melawat pulau ini."Bagi tujuan promosi, kami sudah mengedarkan kira-kira 10,000 risalah melalui Pejabat Daerah SPS ke hotel dan pusat peranginan mengenai pakej yang ditawarkan kepada pelancong tempatan dan asing."Pengunjung akan dapat melihat suasana kampung nelayan yang masih belum tercemar dan mengelilingi pulau dengan bot yang memberikan perkhidmatan dari Bukit Tambun ke Pulau Aman.Pulau ini juga adalah satu pusat pembuatan belacan secara tradisional terkenal di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.Yaacob berkata, bagi memastikan keselesaan perjalanan pengunjung ke pulau itu, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) meluluskan untuk membeli sebuah bot penumpang baru bernilai RM100,000 seunit yang boleh memuatkan 20 penumpang."Kita juga memohon kepada Pejabat Daerah SPS untuk membeli tiga lagi bot penumpang bernilai RM300,000."Usaha ini dijangka dapat memajukan Pulau Aman sebagai destinasi pelancongan berasaskan agro-pertanian di negeri ini," katanya.Ketika ini, dua bot penumpang yang diubahsuai daripada bot nelayan menyediakan perkhidmatan ulang alik dari Bukit Tambun di Seberang Perai Selatan (SPS) ke Pulau Aman.Setiap bot membuat memuatkan 12 penumpang dengan bayaran RM8 bagi perjalanan pergi balik mulai jam 10 pagi hingga 7 petang.Perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa setengah jam dan pelawat boleh menikmati keindahan pulau serta kegiatan harian dan perusahaan yang diusahakan penduduk tempatan.Perubahan besar itu diharap dapat menjadikan Pulau Aman sebagai pusat pelancongan luar bandar terpenting di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.Seorang penduduk, Jamilah Man, 41, berkata kehadiran pengunjung ke pulau itu secara tidak langsung dapat menambah pendapatan penduduk yang mengusahakan pembuatan cenderamata dari hasil laut."Penjualan barangan cenderamata seperti siput dan kulit kerang dapat menjana pendapatan penduduk sebanyak RM200 sebulan," katanya.Ketua Kumpulan Pengembangan Wanita Pulau Aman, Mahani Abdul, berkata kumpulan itu kini mempunyai kira-kira 34 ahli yang mengusahakan perkhidmatan katering, penjualan kerepek sukun dan kraftangan.


PANGKOR



Pulau Pangkor
Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan dan mudah dikunjungi. Pulau Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan resort yang tersedia di situ.
Penduduk di sini tinggal di beberapa perkampungan nelayan yang bertaburan di sebelah Timur pulau ini yang bertentangan dengan pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat juga berpeluang melihat perkampungan ini sewaktu perjalanan feri dari Lumut yang mengambil masa selama 40 minit kerana feri ini singgah di kawasan penempatan utama iaitu Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum berhenti di pekan Pulau Pangkor.
Dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu pantai Pasir Bogak dan pantai Teluk Nipah menawarkan aktiviti-aktiviti seperti menyelam skuba, berenang snokel, bermain papan luncur air dan memancing kepada mereka yang gemarkan sinaran matahari dan lautan biru. walaupun Pantai Pasir Bogak telah banyak membangun namun Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana perkampungannya. Teluk Ketapang atau Turtle Bay masih lagi menerima kedatangan penyu laut yang tiba di sini untuk bertelur. Ada juga antara resort di pulau ini yang menawarkan kemudahan padang golf yang hebat.
Tips

-->
Bertolak dari resort anda di sebelah petang dan tuju ke perkampungan nelayan yang utama di Pulau Pangkor untuk menikmati makanan laut yang paling lazat.


Pengangkutan
Jalan LautPulau Pangkor boleh dikunjungi dengan feri yang mengambil masa 40-minit dari Lumut. Feri ini bertolak setiap setengah jam sekali.Jalan UdaraSyarikat penerbangan swasta seperti Berjaya Air mengendalikan penerbangan 5 kali seminggu ke Pulau Pangkor dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berhampiran Kuala Lumpur.