Wednesday, April 15, 2009

PANGKOR



Pulau Pangkor
Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan dan mudah dikunjungi. Pulau Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan resort yang tersedia di situ.
Penduduk di sini tinggal di beberapa perkampungan nelayan yang bertaburan di sebelah Timur pulau ini yang bertentangan dengan pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat juga berpeluang melihat perkampungan ini sewaktu perjalanan feri dari Lumut yang mengambil masa selama 40 minit kerana feri ini singgah di kawasan penempatan utama iaitu Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum berhenti di pekan Pulau Pangkor.
Dua pantai yang popular di Pulau Pangkor iaitu pantai Pasir Bogak dan pantai Teluk Nipah menawarkan aktiviti-aktiviti seperti menyelam skuba, berenang snokel, bermain papan luncur air dan memancing kepada mereka yang gemarkan sinaran matahari dan lautan biru. walaupun Pantai Pasir Bogak telah banyak membangun namun Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana perkampungannya. Teluk Ketapang atau Turtle Bay masih lagi menerima kedatangan penyu laut yang tiba di sini untuk bertelur. Ada juga antara resort di pulau ini yang menawarkan kemudahan padang golf yang hebat.
Tips

-->
Bertolak dari resort anda di sebelah petang dan tuju ke perkampungan nelayan yang utama di Pulau Pangkor untuk menikmati makanan laut yang paling lazat.


Pengangkutan
Jalan LautPulau Pangkor boleh dikunjungi dengan feri yang mengambil masa 40-minit dari Lumut. Feri ini bertolak setiap setengah jam sekali.Jalan UdaraSyarikat penerbangan swasta seperti Berjaya Air mengendalikan penerbangan 5 kali seminggu ke Pulau Pangkor dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berhampiran Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment